Sebagaimana yang termaklum, pemain badminton No.1 negara, Dato' Lee Chong Wei terpaksa menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas kerana mengalami kecederaan di buku lali pada pusingan pertama kejohanan itu baru-baru ini. Insiden itu adalah satu pukulan hebat kepada Dato' Lee, dan rakyat seluruh negara turut berasa sedih. Namun demikian, kita perlu menongkah arus dan memberi dorongan kepada Dato' Lee agar beliau cepat sembuh dan semakin yakin menyahut cabaran Olimpik bagi meraih kejayaan untuk Malaysia.
Dato' Lee Chong Wei selaku jurucakap CNI White Coffee Cendawan Susu Harimau dan duta jenama Well3, CNI berasa terdorong untuk menjana sokongan padu dan mengumpul kata-kata inspirasi daripada rakyat Malaysia agar Dato' Lee tetap bersemangat dalam tempoh pemulihan beliau. Sehubungan itu, CNI ingin memperhebatkan kempen "Go London Be Champion" dan kami berharap dapat menggabungkan kekuatan seluruh rakyat Malaysia menerusi kata-kata inspirasi khas untuk Dato' Lee Chong Wei!
Sertai kempen menyokong Dato' Lee Chong Wei di www.facebook.com/cnimalaysia atau hantarkan e-mel ke promotion@cni.com.my untuk mendapatkan butiran lanjut.
Kempen Go London Be Champion | |
| 2 Likes | 2 Dislikes |
| 199 views views | 759 followers |
| Entertainment | Upload TimePublished on 27 Jun 2012 |
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét